Sunday, June 17, 2012

Masalah Pembelajaran Saya dalam Matematik Tambahan




Sejak saya memasuki Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya sedang menghadapi beberapa masalah. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah pertukaran subjek. Oleh kerana saya memasuki aliran sains, saya kena menangani 3 subjek sains, 2 subjek matematik, 3 subjek bahasa, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Jasmani.

Setelah 2 bulan dalam Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya lemah dalam Fizik dan Matematik Tambahan. Sebab itulah saya mula pergi ke tuisyen. Keputusan Matematik Tambahan saya hanya bertambah baik sedikit sahaja. Subjek lain semakin teruk. Mungkin ni takdir dari Allah untuk menyedarkan saya. 


Saya menanya ibu dah ayah saya dan diorang memberitahu saya bahawa Matematik Tambahan antara kelayakan untuk memasuki Matrikulasi. Saya berasa terkejut. Saya kena berusaha untuk memperbaiki Matematik Tambahan saya. 


Masalah terbesar yang saya menghadapi semasa ujian Matematik Tambahan ialah masa. Saya tidak dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Ini kerana saya teragak-agak semasa menjawab soalan. Saya tidak pasti apakah formula yang saya perlu guna. Saya menghabiskan kebanyakan masa saya untuk fikir manakah cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu soalan dan akhirnya, saya tidak dapat menjawab semua soalan semasa masa berakhir.


Selain itu, saya juga tidak mahir untuk menggunakan beberapa kaedah untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Ini mungkin kerana saya kurang berlatih. Walaupun ibu bapa saya menasihati saya supaya banyak melatih sendiri untuk menjawab soalan-soalan dalam masa yang ditetapkan, tetapi saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat latihan. Saya terlalu sibuk dengan urusan Kokurikulum, nasyid, badan khas dan macam2 lagi. Secara purata, saya hanya ada beberapa jam sehari untuk membuat kerja rumah saya. Jikalau kerja rumah terlalu banyak, saya tak ada masa untuk mengulang kaji. Ibu bapa saya sudah banyak kali menasihati saya untuk mengurangkan aktiviti tetapi saya degil.


Sekarang, saya hanya mampu meluangkan masa sebanyak yang mungkin untuk mengulangkaji dan membuat latihan. Saya tidak mampu menangani matapelajaran ini dalam masa yang singkat, tetapi saya rasa jika saya berusaha lagi, mungkin keputusan saya dapat bertambah baik pada masa yang akan datang. Harap-harap usaha saya tidak akan disia-siakan. Saya yakin!!




 " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" 
"Sudah lambat untuk belajar tetapi belum sempat untuk berjaya"
~(^.^)~

2 comments:

: : F U A I : : said...

salam, tak pasti macam mana cikgu boleh terjumpa blog awak, hehe. anyway masalah awak ni normal. cikgu pun dulu sama macam awak. tapi sebab minat cikgu kepada mathematic amat dalam, cikgu berusaha untuk memahaminya, cikgu berbincang dgn rakan2 yang faham terutama yang pandai dlm satu2 subjek. setiap malam cikgu akan buat soalan addmath, bila tak tahu cikgu akan tanya guru cikgu esoknya. cikgu tak tunggu dan tangguh untuk memahamkannya, dan berdoalah agar Tuhan kurniakan kecerdasan fikiran supaya awak mudah untuk terima ilmu yang cikgu beri. aktif dalam koko digalakkan tapi jangan sampai ianya merencat pencapaian akademik awak. mesti ada balancing dalam setiap perkara yang kita buat. kalau ada masalah dlm subjek ni, cikgu sedia membantu bila2 masa asalkan awak ada effort.

ALIFF NAIM said...

Waalaikumsalam cikgu. wahh cikgu jumpa blog saya! haha :D ouhh begitu rupanyaa. saya nak berusaha mengikut jejak cikgu lah. Sebab memang saya lemah dalam matematik. Sekarang saya nak tingkatkan subjek math dan add math. InsyaAllah saya boleh. Cikgu doa2 kan saya okeyh :)

Post a Comment