Sunday, June 17, 2012

Masalah Pembelajaran Saya dalam Matematik Tambahan




Sejak saya memasuki Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya sedang menghadapi beberapa masalah. Salah satu masalah yang saya hadapi ialah pertukaran subjek. Oleh kerana saya memasuki aliran sains, saya kena menangani 3 subjek sains, 2 subjek matematik, 3 subjek bahasa, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Jasmani.

Setelah 2 bulan dalam Tingkatan 4, saya mendapati bahawa saya lemah dalam Fizik dan Matematik Tambahan. Sebab itulah saya mula pergi ke tuisyen. Keputusan Matematik Tambahan saya hanya bertambah baik sedikit sahaja. Subjek lain semakin teruk. Mungkin ni takdir dari Allah untuk menyedarkan saya. 


Saya menanya ibu dah ayah saya dan diorang memberitahu saya bahawa Matematik Tambahan antara kelayakan untuk memasuki Matrikulasi. Saya berasa terkejut. Saya kena berusaha untuk memperbaiki Matematik Tambahan saya. 


Masalah terbesar yang saya menghadapi semasa ujian Matematik Tambahan ialah masa. Saya tidak dapat menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. Ini kerana saya teragak-agak semasa menjawab soalan. Saya tidak pasti apakah formula yang saya perlu guna. Saya menghabiskan kebanyakan masa saya untuk fikir manakah cara yang betul untuk menyelesaikan sesuatu soalan dan akhirnya, saya tidak dapat menjawab semua soalan semasa masa berakhir.


Selain itu, saya juga tidak mahir untuk menggunakan beberapa kaedah untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Ini mungkin kerana saya kurang berlatih. Walaupun ibu bapa saya menasihati saya supaya banyak melatih sendiri untuk menjawab soalan-soalan dalam masa yang ditetapkan, tetapi saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat latihan. Saya terlalu sibuk dengan urusan Kokurikulum, nasyid, badan khas dan macam2 lagi. Secara purata, saya hanya ada beberapa jam sehari untuk membuat kerja rumah saya. Jikalau kerja rumah terlalu banyak, saya tak ada masa untuk mengulang kaji. Ibu bapa saya sudah banyak kali menasihati saya untuk mengurangkan aktiviti tetapi saya degil.


Sekarang, saya hanya mampu meluangkan masa sebanyak yang mungkin untuk mengulangkaji dan membuat latihan. Saya tidak mampu menangani matapelajaran ini dalam masa yang singkat, tetapi saya rasa jika saya berusaha lagi, mungkin keputusan saya dapat bertambah baik pada masa yang akan datang. Harap-harap usaha saya tidak akan disia-siakan. Saya yakin!!




 " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" 
"Sudah lambat untuk belajar tetapi belum sempat untuk berjaya"
~(^.^)~

Saturday, April 28, 2012


Assalamualaikum :)

Lama tak update blog yang ade sarang labah-labah ni, sebab tuannya malas! hahaha :D Harini tuan punya blog nak luahkan perasaan. nak cerita pasal kekasihnya iaitu:

Shahira Amira binti Shaari

Kitorang dah 1 Tahun 6 bulan! lamaa kan? :3 lip sayang shera sangat, lip taknak tinggalkan awak! lip taknak awak hilang dalam hidup lip. Please! Awak sorang je yang boleh memahami lip.

Ya Allah, panjangkanlah hubungan kami Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami berdua Ya Allah, buka lah hati kami ke arah yang benar Ya Allah. AminnYarabbalalamin. 

I love you Shahira Amira <33

Tuesday, January 10, 2012



Terima kasih mamaayah  :') Terimakasih sebab jaga naim daripada kecik lagi, bagi makan, bagi kemudahan. Thanks! Hanya Tuhan saja bole balas jasa budi baik mama n ayah. Naim takkan hampakan mama n ayah keyh. SPM ni naim akan buat betul2. InsyaAllah Naim akan nak bagi mama dan ayah menangis kegembiraan tengok naim punya result. InsyaAllah :') Naim akan belajar sungguh2! Lepas ni mama akan tengok naim pegang buku je setiap masa. Thanks jugak kepada abangah abalang n kaklong kerana ajar naim daripada kecik. naim appreciate sangat2! :)

Naim mintak maaf kat mama n ayah kalau naim ade buat salah dengan mama n ayah, naim mintak maaf kalau naim terguna nada suara yang tinggi ke. sorryy! Naim sayang mama n ayah! Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka,  panjangkan umur mereka dan  murahkan lah rezeki mereka, moga kau detakkan mereka kedalam golongan yang beriman.. Aminnn~ :')

Iloveyou mama! Iloveyou ayah! sayang keluarga ku! :')

Monday, January 9, 2012

Day 2012





~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ 

Lepas ni akan penuh dengan budak2 bola tahun 2012. Padang pon dah cantik. Tahun ni kena bekerja keras untuk menaikkan nama sekolah SMK ALAM DAMAI  :)

Belajar tetap belajar, lepas ni aku kena pandai bahagikan masa. Sekarang dah form 4, tahun depan form 5. Skejap je masa, tahun depan SPM! Form 4 ni aku tak bole main2 dah. Belajar tak boleh tinggal kalau tertinggal mmg tak bole paham ape yang cikgu ajar. So better study hard.

Ya Allah! kau permudahkan lah segala urusan aku Ya Allah, kau lancarkanlah pembelajaranku Ya Allah.. Ampunilah dosa2 ku, dosa2 ibu bapa ku, dosa abang2 dan kakak ku, panjangkanlah hubungan ku dengan Shahira Amira Ya Allah. aku memohon kepadamu. Amin Yarabbalalamin.

~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ o~ o ~ o ~ o ~ 

Saturday, December 31, 2011

Happy New Year!

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!

The year 2011 is just about finished. Happy New Year wishes for all my friends n family.  Sorry if i take a wrong step. I'm so sorryy guys! In 2012 i will resolve to become more patient.  Also, I’m going to look for more ways to be a Good Person this year! The older we get, the more concerned we become with self-improvement in new year.


Mari kita fokus untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara! jangan sia-siakan masa kerana masa itu emas! Doa-doakan moga kita semua panjang umur dan murah rezeki. Selamat 2012! :)

Sayang korang semua! sayang family aku, kawan2 ku dan Iloveyou Shahira Amira <3





Wednesday, December 21, 2011

My mind~

Wahh.. boringnye dok rumah 1 hari, mabuk tengok tv jee.. on9 pon malas sebab tak de shera.. cian kene tinggal.. :( harini sangat stress, pikir pasal RESULT PMR! takuttt nyaaa, besok lahh hari yang dinanti-nantikan.. lepas tu nak dok rumah je, seminggu tak nak keluar rumah, hahaha.. Goodluck sape yang amik result besok keyh! hope korang semua dapat Straight A's in PMR.. Aminnn~ :)

Monday, December 19, 2011

Story Morry Lorry!

edit blog! thanks to Shahira Amira sebab tolong editkan blog.. hehe. yeayy! blog dah suci! putihhh!!! heee~


newy, baru lepas lepak dengan kawan2 kat The Park.. macam2 game kitorang main. sekali sekale jadi budak kecik ape salahnya enn? naik gelongsor la main kejar2 la.. hahaha.. penatt satu hari lepak the park je..  TETAPI BESTT!!!! :D







This thursday nak amik result PMR!! Goodluck for those who yang amik result PMR tahun ni keyh. takutt!! ayokkk! abiss laaa.. balik mmg kene bebel dengan mak  la kan.. 1 hari tak habis bebel. :D Takut sangat sampai bawak ke mimpi.. mane tak takutnya. PMR dowhh!! =.=" GOODLUCKK MY FRIENDS! :)

Alip  Alip's